SIAPA YANG #WORKFROMHOME TIME PKP INI?
Bekerja dari rumah ini memerlukan disiplin yang tinggi & kita kena bijak untuk menguruskan tuntutan kerja di pejabat dan di rumah. Jangan disebabkan korang bekerja kat rumah, korang buat kerja pejabat sambil lewa. No no!! Tidak boleh macam itu sebab gaji korang tetap dibayar kan, so jalan kan tugas dengan penuh amanah ok.
• Sediakan ruang kerja khas – ruang khas bekerja di rumah boleh membantu korang untuk lebih fokus.
• Senarai tugas yang perlu diselesaikan – Ia akan membantu korang menguruskan masa dengan lebih cekap.
• Tepati masa – Sekiranya korang diperlukan dalam sidang video, tepati masa & bersedia lebih awal untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
• Nada dering & notification on – Korang kena peka terhadap panggilan & mesej yang masuk – reply on time supaya boss / orang yang terlibat tidak tertunggu tunggu.
• Jangan makan / minum depan komputer – kalau makan minum, percayalah yang korang tidak akan boleh fokus untuk buat kerja. Tapi kalau setakat makanan ringan untuk hilangkan mengantuk itu tidak menjadi masalah.
• Ketahui pelbagai kemudahan alat perisian – ini bagi memudahkan penggunaan teknologi berdasarkan cloud dan perisian mudah alih yang mesra penggguna (free) untuk memudahkan perkongsian fail & sebagainya.
• Shhh. Jangan berkongsi maklumat – jangan berkongsi maklumat customer/organisasi kepada orang lain (family, rakan & sebagainya)
Inilah antara tips yang korang boleh buat semasa kerja kat rumah. Semoga bermanfaat!