TERMS AND CONDITION EPHYRA TESTIMONI

6 Mei – 6 Jun 2020

Menangi hadiah misteri dengan hanya share FEEDBACK anda kepada Ephyra.

Cara penyertaan :

1. Sila hantarkan gambar seperti:

  • Gambar selfie anda bersama dengan produk Ephyra
  • Gambar sebelum & selepas atau kesan positif selepas menggunakan produk Ephyra. Contohnya masalah jerawat yang beransur baik, masalah jeragat yang telah pudar, susu badan semakin bertambah, bibir semakin lembap selepas memakai Ephyra Lipmatte & sebagainya.
  • Gambar parcel bersama dengan produk Ephyra.

2. Anda perlu menghantar gambar yang original tanpa menggunakan sebarang filter atau emoticon.

3. Gambar yang dihantar perlulah jelas menunjukkan masalah dan perubahan yang dihadapi dan gambar perlulah terang.

 

Syarat-syarat :

Dalam terma dan syarat ini, OCEANLIFE MARKETING SDN BHD dirujuk sebagai “penganjur” dan peserta kempen testimoni pula dirujuk sebagai “peserta”.

1. Tempoh penyertaan adalah seperti yang dipaparkan pada halaman ini. Penyertaan diterima dalam tempoh itu sahaja.

2. Pemenang akan dipilih berdasarkan kualiti FEEDBACK yang diberikan.

3. Penyertaan adalah tidak terhad. Anda boleh menghantar sebanyak mungkin testimoni yang anda ada.

4. Pengumuman pemenang akan dilakukan di Instagram Official Ephyra HQ (Ephyra2u) dan FB Official HQ (Ephyra Oceanlife2u). Pemenang akan juga dihubungi melalui panggilan telefon atau aplikasi Whatsapp.

5. Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang keputusan atas sebab-sebab tertentu yang wajar.

6. Hadiah sama sekali tidak boleh ditukarkan kepada hadiah-hadiah lain, mana-mana produk Ephyra ataupun wang tunai.

7. Pihak penganjur berhak menukar hadiah kepada hadiah yang lain yang sama nilai apabila keadaan memerlukan.

8. Dengan menyertai peraduan ini, ia bermaksud peserta bersetuju memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan butir-butir peribadi, nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti dan peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

9. Peserta dan/atau waris-warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah peraduan ini dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak penganjur dan semua kakitangannya terhadap sebarang liabiliti.

10. Pihak penganjur tidak mewakili atau memberikan sebarang waranti, samada dinyatakan atau tidak, yang melibatkan sebarang isu berkaitan kesesuaian atau kualiti hadiah yang disediakan. Segala kerosakan pada hadiah perlu dirujuk terus kepada pihak pengeluar produk.

11. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad dan pihak penganjur berhak membuat pemilihan pemenang berdasarkan sebab-sebab yang munasabah.

12. Pihak penganjur berhak melakukan perubahan atau penambahan pada terma & syarat tanpa makluman terlebih dahulu.

error: Content is protected !!