Serum vs Moisturizer. Pentingkah kedua-duanya untuk kulit?

 

 

Industri kecantikan tidak akan pernah kehilangan peminatnya kerana setiap wanita menginginkan kulit yang sihat dan cantik. Produk penjagaan muka semestinya tidak akan  jemu digunakan oleh mereka. Tapi tahukah perbezaan dan kegunaannya pada kulit wajah? Antara serum & moisturizer, sekilas nampak sama tapi ternyata berbeza!

Serum

Serum merupakan produk yang mempunyai partikel 1000 kali lebih halus dan kecil. Ia membolehkannya menyerap ke dalam kulit dalam usaha menyembuh, menyegar, melembap dan sekali gus memperbaiki sel kulit. Kebanyakkan dari kita takut untuk membeli serum kerana harganya yang agak mahal namun serum mempunyai kualiti yang sangat bagus!

Hal ini kerana serum mengandungi zat-zat aktif penting yang membantu melindungi kulit dari pelbagai bahaya seperti radikal bebas, mempercepat pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menggantikan sel-sel kulit yang mati, mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat serta jeragat. Bila pakai serum ni rasa macam tidak pakai apa-apa sebab tekstur dia yang ringan dan mudah meresap.

Ephyra Skin Nano (serum) dipatenkan di Switzerland dengan Teknologi Nano. Ia mempunyai partikel saiz yang sangat halus. So, ia dapat memperbaiki sel kulit yang rosak dengan pantas & mengisi ruang kosong sel kulit yang rosak dengan sel kulit yang baru. Pemakaian yang konsisten dapat menyembuhkan masalah jerawat & jeragat pada wajah kerana serum Ephyra adalah 10 kali ganda lebih berkesan untuk memudarkan parut jerawat dan pastinya fungsinya ialah merawat, melindungi & memulihkan.

Moisturizer

Moisturizer atau pelembap pula biasanya memiliki tekstur yang lebih creamy kerana molekulnya lebih besar. Ini kerana, pelembap lebih menangani masalah umum pada kulit wajah serta fungsinya melembapkan kulit dan memberikan perlindungan pada lapisan kulit wajah. Jumlah bahan aktif dalam pelembap kurang berbanding serum namun ia juga bekerja dengan cepat.

Salah satu fungsinya ialah memberi kulit muka cukup air dan mengelakkan kulit kering. Even kulit kering pun kena pakai pelembap. Yang paling penting cari yang bersesuaian. Kalau tak, liang pori akan terbuka dengan luas untuk mencari air. Bagi mereka yang mempunyai masalah pori kulit yang besar, kebiasaannya kulit mereka sangat senang menjadi kering. Kerana kulit yang bermasalah pori besar tidak dapat ‘memegang’ jumlah air yang banyak dalam kulit.

Oleh itu, Ephyra Skin Snow yang kaya dengan air (water-based) berfungsi untuk membantu supply air kepada kulit walaupun pori kulit besar. Secara tak langsung, pori kulit boleh mengecil kerana kulit telah mendapat bantuan air yang mencukupi untuk sentiasa lembap. Pelembap Ephyra bersifat mudah menyerap, tidak melekit dan tiada bahan merbahaya seperti merkuri dan paraben.

 

So kesimpulannya, kedua-duanya saling memerlukan kerana kekuatannya saling melengkapi! Sementara serum dapat merawat kulit dari dalam dengan bahan-bahan aktifnya yang luar biasa, pelembap pula melindungi, mencerah dan melembapkan kulit.

Itulah sebabnya pakai serum dulu diikuti dengan pelembap, supaya kulit mendapat kesan sempurna. Kedua-duanya ibarat air (pelembap) & makanan (serum). Ia penting dalam memberi nutrients pada muka untuk tampil CANTIK & BERKEYAKINAN!

 

Instagram : @ephyra2u

Facebook : Ephyra Oceanlife2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.