S.O.P PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN SEMASA KAWALAN PERGERAKAN KESELAMATAN COVID-19
SEBELUM KELUAR :
1) Lantik 1 orang wakil tetap sahaja
2) Senaraikan barang-barang yang hendak dibeli
3) Pakai face mask & hand sanitizer
4) Keluar sekitar jam 10 am – 3 pm ( waktu matahari sudah naik )
5) Bawa 1 plastik untuk isi duit baki ( jangan letak duit baki dalam poket atau beg duit ) atau bawa duit ngam2 ( jika ada lebih sedikit… sedekah )
SEMASA DI LUAR :
1) Keluar tidak lebih 40 minit
2) Jaga jarak dengan orang lain ( 1 meter )
3) Bersuara pada benda yang perlu sahaja
4) Lihat barang dengan betul dan ambil ( Elakkan ambil, letak semula )
5) Hulur plastik untuk pekerja kedai masukkan duit baki
BALIK KE RUMAH :
1) Jemur barang yang tidak boleh dibasuh
2) Jemur kunci kenderaan termasuk motor
3) Basuh tangan dengan cara yang betul menggunakan sabun
4) Basuh barang yang boleh dibasuh termasuk duit dengan sabun dan keringkan
5) Kumpul plastik dan buang
6) Cabut face mask dan gantung atau buang
FASA AKHIR :
1) Basuh kaki sebelum masuk rumah dengan sabun
2) Mandi dan bersihkan seluruh badan dengan sabun dan shampoo
3) Keringkan badan
4) Minum segelas air suam panas
Pakai tisu atau sarung tangan ketika mengisi minyak kenderaan di petrol pam!