Kerap Cuci Muka – Ramai Tak Tahu Kesan Buruknya!

Kerap cuci muka dalam sehari? Anda perlu baca artikel ini.

Ramai orang ingat, lagi kerap cuci wajah dalam sehari lagi sihat kulit – means makin bersih lah. Padahal ianya adalah bertentangan. Mencuci muka berlebihan mempunyai risiko sendiri untuk kesihatan kulit wajah. So, sebaiknya berapa kali kita perlu mencuci muka dalam sehari?

Biasanya muka perlu dicuci dua kali sehari sahaja – sekali pagi & sekali pada waktu malam.

1- Cuci pada waktu pagi – Semasa kita sedang tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul dalam. Mencuci muka sebaik sahaja bangun pagi akan hilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, akan menghindarkan jerawat dan bintik hitam terbentuk. Selain itu, yang paling best adalah muka akan rasa segar.

2- Bila dah cuci waktu pagi, kenapa pula perlu cuci pada waktu malam? Sebabnya, kita mesti nak hilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori yang dah terkumpul sepanjang hari.

Cuba bayangkan – seharian muka terdedah dengan pencemaran, seharian pakai mekap, selepas itu sentuh pula muka yang boleh menyebabkan lagi banyak bakteria dan kotoran hinggap pada muka. Cuba bayangkan sebelum tidur tidak cuci muka. Kesian kulit muka kita kan.

Tapi, hanya kotoran dan minyak boleh terkumpul pada kulit tak bermakna kita perlu cuci muka berkali-kali dalam sehari. Tindakan ini boleh menanggalkan minyak semulajadi yang penting pada muka. Eh, kenapa pula? Sebab muka kita perlukan sedikit minyak untuk kekal sihat & lembap. ❤️

Jika kulit terlalu kering, badan akan cuba mengatasinya dengan mengeluarkan lebih banyak minyak – yang boleh membawa kepada lebih banyak jerawat. Sebab itu jangan pelik kenapa muka kita asyik berminyak dan kulit ‘getting worst’ (makin teruk). Tanpa sedar, perkara remeh macam ini pun boleh mengundang banyak masalah pada wajah.

Nak Cuci Muka Pakai Apa?

Tips di atas menyatakan jangan cuci muka terlalu kerap dan tips kedua mestilah kita perlu rawat masalah pada wajah dengan EPHYRA SKIN BAR (sabun pencuci muka)!

kerap cuci muka - sabun pencuci muka wanita perempuan ephyra

Ia boleh bertindak untuk membantu hilangkan minyak pada wajah & kulit wajah akan rasa sangat segar, then kulit pun akan rasa tegang. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi melembapkan kulit muka serta mengurangkan jerawat dan ia boleh membuatkan kulit wajah tak melekit. Ramai yang bermula dengan sabun dulu, selepas itu terus pakai 1 set. Gerenti puas hati!

Tengok Memey Suhaiza cuci muka guna sabun ni. Macam best je kan?

2 thoughts on “Kerap Cuci Muka – Ramai Tak Tahu Kesan Buruknya!”

  1. Kalau macam kerja shiff blik ptg ..cnfrm nk mndi cuci muka boleh ke .bgi sy xkn nk biar bsh cmto je kan
    Klau nk msk shiff ptg prlu ke cuci muka lgi utk blik mlam tu pla??

    1. Boleh je sis asalkan janji bersih. Yang tak elok kalau terlampau berlebih-lebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.