Keajaiban Nenas – Bila cakap pasal nenas, pasti ramai akan kaitkan dengan keguguran bayi kerana rasanya yang ‘tajam’ sehingga boleh menggugat kekuatan kandungan atau janin.
Tapi sebenarnya ramai yang taktahu nenas ni ada banyak faedah dan khasiat tersembunyi. Jom ketahui keajaibannya.
- Melegakan Loya
Patutlah ibu mengandung selalu mengidam makan nanas. Untuk pengetahuan semua, nanas ni mampu hilangkan rasa loya dan muntah-muntah. Ibu mengandung yang berada pada tahap awal kehamilan disarankan minum segelas jus segar nenas untuk hilangkan rasa loya.
- Rawat masalah cacing dalam perut
Nenas mengandungi enzim penghadaman yang baik, yang dapat cuci perut serta membunuh segala parasit yang hidup dalam tubuh manusia seperti cacing kerawit yang membiak dalam usus manusia.
- Bina ketahanan badan
Vitamin C dan antioksida yang terdapat dalam nenas dapat mengurangkan daya imunisasi tubuh manusia. Untuk dapatkan kecergasan serta kesihatan berganda, korang boleh amalkan makan nenas. Takde lagi demam dan selesema.
- Cerahkan kulit
Pakar kata – kalau makan nenas tiga kali seminggu, korg akan dapat kulit lebih muda remaja sebab buah ni akan menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Lebih banyak kolagen terhasil, lebih tegang dan mulus kulit wajah korang tau!
- Hilangkan jerawat degil
Korang tahu tak, jus nenas boleh hilangkan jerawat degil dekat muka tu. Vitamin C sangat bagus untuk kulit dan akan kurangkan radang kemerahan, gatal-gatal dan bengkak disebabkan jerawat.
Tak sangka nanas ni sebenarnya bagus untuk tubuh badan manusia. Jadi korang tunggu apa lagi, jom amalkan Nenas sekarang 🙂
Boleh hubungi kami terus di FB: http://facebook.com/EphyraOceanlife2u
Atau IG: http://instagram.com/ephyra2u