KORANG SELALU EXERCISE APA DI RUMAH DENGAN FAMILY? ADA YANG LOMPAT BINTANG MACAM SIS? 😆
Ada orang cakap malas lah exercise, duduk rumah je pun. No! Duduk rumah pun kena exercise juga tau. Kena bagi badan berpeluh sikit, baru lah badan sentiasa sihat & cergas. Apabila korang malas exercise, itu yang badan asyik rasa lesu & tak bermaya.
So, kenapa perlu bersenam?
✅ Badan akan rasa bertenaga
✅ Tidur lebih lena
✅ Lambat rasa letih
✅ Tekanan darah berkurang
✅ Mood jadi lebih baik
✅ Meningkatkan kadar metabolisme
✅ Nampak lebih muda
✅ Membakar kalori berlebihan
✅ Kurang risiko sakit jantung
✅ Ubah lemak kepada otot dan banyak lagi!!
Apa senaman yang korang boleh buat kat rumah?
- Sit ups
- Squat
- Push up
- Jumping jacks
- Nak lagi senang korang buka sahaja Youtube, banyak cara workout kat rumah tau.
Ajak isteri / anak-anak / mak ayah untuk bersama-sama luang masa dalam 20-30 minit untuk buat senaman ringan ini ok.
Apa pun alasan yang korang berikan adalah daripada diri korang sendiri. You choose it, you get it 😉