Sekali sudah pakai face mask boleh buang terus, jangan pakai berulang kali!
Face mask ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, tapi jika nak buang ada caranya – tidak boleh sesuka hati & begitu sahaja. Nak tahu tak beribu warga kerja kontraktor kutip sampah terdedah kepada risiko COVID-19 dengan tindakan korang yang membuang topeng tidak mengikut cara yang betul?
So, macam mana cara yang betul nak buang face mask terpakai ini?
1. Basuh terlebih dahulu tangan korang.
2. Tanggalkan topeng dengan memegang gelung atau telinga topeng tanpa menyentuh lapik luar atau dalam topeng.
3. Lipat topeng tanpa mendedahkan lapik ‘tercemar’ yang terkena bendalir dari mulut dan hidung.
4. Bungkus dalam plastik atau kertas sebelum dibuang dalam tong sampah.
5. Basuh tangan korang lagi sekali.
Nampak remeh kan? Tapi dengan cara ini kita boleh selamatkan nyawa orang lain. Jom amalkan!