Lambakan produk kecantikan & skincare yang merbahaya dan bermerkuri sangat membimbangkan pelanggan! Sehinggakan pelanggan tidak tahu mana satu produk yg terbaik serta bagus untuk merawat kulit bermasalah mereka. Semakin digunakan, semakin menjadi-jadi masalahnya. Malahan ada yang jadi pembunuh dalam senyap!
Berapa ramai pengguna di luar sana yang merasa kecewa, sedih dan tertipu dengan propaganda syarikat pengeluar kosmetik dan skincare yang kononnya bebas bahan kimia tetapi hakikatnya mengaut keuntungan berjuta ringgit. Disini, kami ingin kongsikan kepada para pembaca bagaimana bahan kimia merbahaya iaitu Merkuri boleh menjahanamkan kulit wajah.
APA ITU MERKURI?
Merkuri merupakan satu elemen metalik dan bahan logam berat yang paling banyak ditemui dalam produk kecantikan dan kosmetik. Untuk mengenalpasti kehadiran merkuri dalam produk tersebut, kebiasaannya merkuri adalah berkilat, berwarna kekelabuan dan berada dalam bentuk cecair pada suhu bilik.
Ia sering digunakan sebagai antara agen pemutih yang berkesan kerana tempoh untuk jadikan kulit putih sangat singkat! Caranya adalah dengan melambatkan proses penghasilan melanin pada kulit kita.Menurut kajian, kebiasaannya merkuri dicampurkan dalam produk kosmetik terutama dalam produk krim malam. Apa yang terjadi jika merkuri terlalu banyak digunakan pada kulit kita? Merkuri yang terkumpul akan meresap masuk ke dalam kulit dan meracuni darah dalam badan kita!
DARAH MULA JADI RACUN
Keracunan pada darah ini akan mengakibatkan beberapa simptom seperti kulit menjadi gatal, merah-merah, ruam dan hilang warna kulit. Selepas itu akan mula kulit berjerawat dan meninggalkan parut hitam. Sehinggakan lebih parah boleh menjadi bernanah dan berdarah. Malahan World Health Organization (WHO) memberi amaran bahawa merkuri mampu menyerang dan merencatkan sistem saraf. Bukan itu sahaja, jika wanita hamil terdedah kepada merkuri, janin berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan!
AMBIL TINDAKAN & UBAH SEGERA
Jadi anda penentu segalanya. Pilihan ada di tangan kita. Pilihlah skincare dan alat kosmetik yang bebas bahan kimia merbahaya. Walaupun kesannya dapat diperoleh dengan segera, namun bahana dari pemakaian jangka panjang menjadikan kita sengsara. Berapa ramai pelanggan EPHYRA sebelum ini mengadu, kulit mereka menggelupas, kemerahan, bernanah dan membusuk gara-gara produk sebegini. Jangan biarkan ia menjadi teruk dan mengancam nyawa kita.
Fikirkan semula & ambil tindakan segera!
Ephyra is the best