Assalamualaikum semua!
Seiring peredaran usia, hakikatnya kulit wajah kita juga mengalami perubahan. Tapi ramai yang tertanya-tanya, perubahan yang macam mana? Adakah boleh sekadar dilihat pada mata kasar? Kerana sesetengah daripada kita, langsung tidak kelihatan perubahannya.
Topik penjagaan kulit buat wanita sememangnya tidak boleh dipandang mudah. Malahan kajian daripada The International Dermal Institute memberitahu, lebih 89% wanita boleh berubah kepada depresi dan murung akibat daripada perubahan keadaan kulit wajah mereka.
Jadi, jom sama-sama kita lihat bagaimana keadaan kulit mengikut peredaran usia.
USIA 20-an
Ketika di usia ini, penghasilan kolagen oleh kulit masih tinggi. Ini menyebabkan kulit kelihatan berisi, tegang dan gebu. Namun di ketika usia ini, keadaan kulit dipengaruhi sepenuhnya oleh turun naik paras hormon estrogen & progesteron dalam badan yang mempercepat pertumbuhan jerawat pasir, jerawat bernanah dan jerawat batu.
Disebabkan itulah, jika anda berada dalam lingkungan umur ini pemilihan set penjagaan kulit sangat penting sebagai kawalan jerawat daripada merebak lebih teruk ke seluruh wajah. Malahan, kita sendiri perlu mengenal pasti dengan segera, makanan-makanan yang sensitif untuk kulit kita.
USIA 30-an
Pernah dengar tak “Wanita kelihatan cantik dengan sempurna bermula usia 30 tahun!”. Sekiranya anda pernah dengar, tidak dinafikan ianya memang tepat. Ketika wanita mencecah usia 30-an, hormon badan wanita biasanya mulai stabil. Masalah-masalah seperti jerawat & kulit berminyak bukan lagi menjadi masalah utama.
Namun, perlu diingat – masalah lain pula yang timbul! Akibat daripada faktor luar seperti gaya hidup, tahap stress dan pemakanan, pada usia sekitar 30-an, tanda-tanda penuaan sudah mulai terbentuk dengan lebih jelas. Antara tanda penuaan yang paling biasa adalah kulit kusam, tona yang tak sekata, tekstur kulit sedikit lesu dan mula jelas garis halus. Saat ini, penjagaan kulit sewajarnya lebih tertumpu kepada mempercepat pembentukan sel kulit baru kerana sel-sel kulit yang mati dan rosak perlu diperbaharui segera.
USIA 40-an sehingga 50-an
Bukan sahaja keadaan luaran kulit yang berubah, malahan dari segi kepadatan kulit juga turut mengalami perbezaan yang mana kulit hilang volume. Menyebabkan proses “sagging” atau kekenduran berlaku dengan cepat. Wanita di usia ini kerap mengalami masalah tompokan melanin yang tinggi dan menghasilkan jeragat yang tebal pada kulit wajah.
Penjagaan kulit wajah ketika di umur ini perlu memfokuskan kepada anti-penuaan yang mana lebih kepada extra perlindungan. Antaranya dengan mengamalkan pemakaian “sleeping mask” mahupun melakukan urutan mudah pada wajah supaya penghasilan kolagen dapat distimulasi ke seluruh bahagian.
Adalah penting juga supaya wanita-wanita di usia ini mengubah gaya hidup mereka dengan lebih mengawal pemakanan serta tahap stress supaya kulit wajah mereka kekal segar dan cantik dengan penjagaan yang sempurna. Ibarat kata pepatah “Embrace Your Age Beautifully!”.
Tidak kiralah anda di usia mana sekalipun, sebagai wanita – WAJIB & PENTING untuk anda menjaga kulit wajah di peringkat awal. Ini adalah bagi memudahkan kawalan masalah dapat dilakukan segera. Kulit wajah yang bermasalah dapat dirawat dengan baik.
Sebab itu EPHYRA menghasilkan EPHYRA SKINCARE SERIES yang boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Set yang lengkap ini terdiri daripada :
EPHYRA SKIN BAR – sabun pencuci wajah yang berpeanan yang membuang lebihan minyak pada kulit wajah. Lebihan minyak inilah yang boleh membuat pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat apabila bakteria terkumpul.
EPHYRA SKIN NANO – serum advanced repair yang diformulasi Nano Teknologi daripada Switzerland ini mempunyai partikel saiz serum yang tersangatlah kecil supaya ia masuk ke lapisan kulit yang paling dalam dan membantu merawat bahagian sel yang bermasalah atau telah rosak.
EPHYRA SKIN SNOW – pelembap yang menggunakan Geno White Teknologi. Berperanan dalam melembapkan kulit, melindungi dan mencerahkan kulit agar kelihatan segar dan sempurna tanpa cela untuk setiap hari.