6 Tanda-tanda Awal Penuaan Yang Anda Patut Tahu

Terimalah hakikat yg kita mengalami proses penuaan setiap hari (oh no!). Tapi adakah kita mengalami proses penuaan lebih cepat dari sepatutnya? Umur 20-30 dah boleh nampak nampak tua? Seriously??Ada tak tanda-tanda yg dah muncul kat kita sekarang ni? Ramai yg tak ambil tahu tak perasan yg kulit kita dah menunjukkan tanda-tanda utk kita lebih memberi perhatian. Jom tengok tanda-tanda penuaan yg dah muncul tanpa kita sedar.

 

  1. Tompok hitam pada kulit – Tompok hitam atau dikenali juga sebagai pigmentasi terjadi disebabkan kulit terdedah terlalu lama bawah sinaran matahari. Adalah sangat sangat sangat penting utk kita pakai losyen pelindung matahari walaupun bekerja dalam office ‘indoor’ je. Sebab cahaya dari lampu dan skrin telefon atau komputer juga beri kesan yg sama. Bukan kat kulit muka je tau. Perhatikan kalau-kalau muncul kat tangan juga. So jgn ingat korang selamat dgn sinaran UV!
  2. Kulit terlalu kering – Masa remaja kita lebih risaukan dgn kulit muka yg berminyak tapi makin lama, kulit akan kurangkan pengeluaran minyak dan akhirnya membuatkan kulit lebih kering. Tambah pula dgn ‘lifestyle’ kita seperti terdedah dgn aircond yg akhirnya membuatkan kulit jadi kering dan merekah.
  3. Kulit rasa tegang – Aik kulit tegang bukan ke bagus dan nampak muda? Haa.. ni kulit tegang yg lain macam. Tak, maksudnya kat sini kulit tegang tapi tak lembut dan tak anjal terutamanya lepas cuci muka dgn ‘cleanser’. Ini tanda-tanda kulit kehilangan kelembapan dan menuju ke arah kulit kering. Sebab tu penting utk kita pakai pelembap yg bagus selepas mencuci utk menjaga keanjalan kulit.
  4. Bintik putih bawah mata – Pernah nampak tak bintik putih mcm ‘white head’ bawah mata? Tu namanya Milia yg mana protein atau lemak terperangkap menjadi bintik-bintik putih hasil dari sinaran matahari dan juga produk yg tidak sesuai dgn kulit.
  5. Lingkaran hitam bawah mata – Kulit sekitar bawah mata ni sangat lah lembut dan nipis. Kurang tidur, terlalu lama mengadap skrin komputer dan telefon dan suka gosok mata boleh menyebabkan bukan je kesan hitam bawah mata tapi juga garis-garis halus pun muncul!
  6. Kulit lambat sembuh – Proses penyembuhan kulit dari luka ataupun kesan jerawat semakin kurang bila semakin berusia. Tapi kesan matahari dan gaya hidup seperti merokok serta juga pencemaran udara juga boleh menjadikan menyebabkan kelambatan proses penyembuhan.

 

Untuk menjadikan kulit kekal remaja dan melambatkan proses penuaan, seeloknya gaya kehidupan kena ubah. Kurangkan pengambilan gula dan garam secara berlebihan. Jadikan kewajipan untuk memakai ‘sunscreen’ sebelum keluar. Rutin penjagaan kulit perlu lebih teliti dan pemakanan perlu lebih seimbang. Perbanyakkan pemakanan yg boleh bantu menyihatkan kulit.

Nak lebih pasti dgn pengambilan makanan yg menjaga kecantikan kulit yg dapat membantu kekalkan keremajaan, paling senang, boleh cuba Ephyra. Dengan Ephyra, yg mengandungi 9 bahan semulajadi bukan sekadar bantu menjaga kulit dari dalam, tapi juga membantu merawat sistem dalaman utk mengekalkan tenaga supaya cergas berpanjangan dan aktif.

Antara bahan-bahan yg membantu merawat kulit secara dalaman seperti:

Kolagen Ikan Laut Dalam- Mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Super beri- Mengandungi antikoksida yg tinggi utk melawan radikal bebas dari sinaran UV dan pencemaran udara yg boleh merosakkan kulit.

Ekstrak Bunga Marigold- Anti-keradangan yg boleh merawat kulit sensetif dan kulit menghidapi eczema.

Astaxanthin- Lebih tinggi kuasa sebanyak 6000 kali berbanding Vitamin C yg merawat kulit utk jadi lebih sihat dan lembap.

Nah korang nak try dulu, boleh la cuba trial pack ni, atau korang boleh terus cuba stok yg cukup utk sebulan utk nampak result yg lebih obvious! Tak cuba, tak tahu kann.

 

Dah ada banyak testimoni-testimoni yg berjaya mcm kat bawah ni antaranya…

 

Haa nampak? Kalau kulit sihat dan cantik AUTOMATIK KITA NAMPAK MUDA kannn. So cepat jaga kulit dan ‘upgrade’ rutin penjagaan kulit supaya kita akan sentiasa nampak awet muda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.