Kulit Berminyak Tak Perlu Pelembap?

Pagi-pagi cuci muka, sejam kemudian dah start kulit berminyak. Lepas waktu lunch je dah boleh kumpul minyak buat menggoreng. Nak-nak kalau masa lunch tadi makan makanan yang panas-panas atau pedas. Fuhhh minyak dia…. So siapa yg macam ni? Ini memang kategori kulit muka berminyak dan senang nak naik jerawat-jerawat sebab pori selalu tersumbat kan? So macam mana rutin penjagaan kulit untuk orang yg kulit berminyak ni?

Kalau kulit berminyak ni mesti time tengah hari je rasa nak cuci muka. Kalau boleh 4-5 kali nak cuci muka dalam sehari. Malu kot orang tengok muka kita shining2 je dari jauh, lagi haru bila nak tangkap gambar, muka terlebih ‘nur’ akibat pantulan kulit berminyak dgn cahaya lampu flash. Ugh..berminyak

 

Dah tentu lah kalau duk cuci muka selalu, mesti korang skip moisturizer kan? Serius ke kulit muka berminyak tak payah pakai pelembap lagi? Macam logik je kan? TAK. INI SEMUA SATU MITOS. Kulit berminyak atau kering atau berjerawat, pendek kata semua jenis kulit tak boleh skip moisturizer. Kenapa? Ha.. Meh kita kupas satu-satu sebabnya.

Kenapa Kulit Berminyak Kena Pakai Pelembappelembap

  • Kulit yang berminyak bukan bermakna kulit kita dah terlebih lembap. Lagi-lagi kalau yang jenis buat cuci muka kerap dalam masa sehari. Kelenjar pengeluaran minyak akan fikir yang kulit kekeringan disebabkan kerap mencuci muka, menjadikan pengeluaran minyak berlebihan terjadi.
  • Kena balancekan pengeluaran minyak kat kulit muka dengan sapuan pelembap yang konsisten. So, kelenjar minyak akan lebih perlahan atau berada dalam keadaan ‘berehat’ sebab kita dah ‘trick’ dia yg kulit kita dah cukup lembap.

Okay apa lagi TIPS-TIPS untuk menjadikan kulit kurang berminyak?

  1. Elakkan mencuci muka berulang kali. – Sebab macam kes pelembap tadi, nanti kelenjar pengeluaran minyak akan ingat kulit kurang lembap, so cukup korang cuci muka 2 kali sehari je. Dan kalau rasa sangat berminyak, gunakan kertas serap minyak.
  2. Kurangkan makanan berminyak dan pedas – Macam quotes org putih la, ” You are what you eat”. Makan benda berminyak, muka pun lagi berminyak. Makan benda pedas bukan pulak buat kata-kata yang keluar dari mulut tu pedas tau. Hehe.. Tapi bila pedas, kita akan lebih cepat panas dan berpeluh. So pengeluaran minyak kat kulit lebih aktif.makanan berminyak

3. Kurangkan stress. – Apa kena mengena? Okay macam ni, bila stress, kelenjar minyak akan aktif dan akan menghasilkan minyak dengan banyak. Bertambah-tambah lah masalah muka berminyak korang yang sedia ada tu.

4. Gunakan produk muka yang mengeringkan – Ya, tahu.. kulit muka berminyak, so dengan cara awak beli pencuci muka yang mengeringkan, scrub yang kasar dan toner yang mempunyai alkohol. Semua jenis produk macam ni memang boleh kurangkan minyak tapi, dalam masa sekejap je. Lepas tu, kelenjar minyak tu akan balas dendam balik, keluarkan minyak habis-habisan. Better choice, skincare dari sumber bahan semulajadi.

 

Sebab tu EPHYRA menggunakan BAHAN-BAHAN SEMULAJADI je untuk menepati keperluan semua jenis kulit. Dari pada Ephyra Premium sehingga ke Ephyra Skincare Series, amat sesuai nak-nak kalau jenis kulit yang sensitif. Kulit berminyak pun ada jenis yang sensitif tau. Bukan kulit kering je sensitif. So apa kata korang try dulu produk-produk semulajadi dari Ephyra ni. Mana tahu makin jatuh cinta dengan Ephyra lepas ni. hehe..

Ephyra

Ephyra

 

Okay nak tahu lebih lanjut, jemput ke website Ephyra, https://oceanlife2u.com/products/

Atau whatsapp je 019-6628500

Atau boleh juga berkunjung terus ke farmasi-farmasi dan kedai jamu yang terpilih.

One thought on “Kulit Berminyak Tak Perlu Pelembap?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.