Kepentingan Antioksida Untuk Kekal Sihat Dan Cantik

Antioksida tu ape?

Sana- sini org duk cakap pasal antioksida ni. Apa dia antioksida ni sebenarnya? Antioksida adalah nutrien (vitamin dan mineral) dan enzim (protein dalam tubuh) yg biasa jumpa dlm buah2an dan sayuran serta teh. Antioksida ni lah yg akan melawan radikal bebas dan pelindung dari segala macam penyakit.

So ape benda pulak radikal bebas ni?

Radikal bebas ni merata ada di sekeliling kita. Contoh macam, sinaran UV matahari, radiasi peralatan elektronik, aktiviti merokok dan jugak pencemaran udara yg lain. Radikal bebas pon boleh terbentuk dalam tubuh kita ketika proses metabolisma di mana proses menukar makanan kepada tenaga terjadi.

Senang cerita, radikal bebas ni ‘pembuli’, yg mengajak semua sel2 baik jadi jahat. Dan hasilnya, sistem dalaman menjadi lemah. Bila sistem dalaman lemah, dekat sini muncul masalah-masalah seperti kulit kusam, berjerawat dan tak bertenaga. Balik rumah pun ‘bad mood’ sebab dah tak larat nak buat apa-apa.

Dari sini juga lah berlaku proses oksida di mana secara dalaman dan luaran berlaku proses penuaan. Sebabnya? Musuh utama radikal bebas adalah kolagen dan elastin yg bantu mengekalkan keremajaan kulit. Penuaan secara dalamannya, macam tadi lah kita terasa tak bertenaga dan secara luarannya akan mula nampak kulit dah mula jadi kasar dan berkedut.

Semakin berusia, semakin kita kehilangan kebolehan menghasilkan kolagen semulajadi dan kekalkan elastin (kawal keanjalan kulit) dalam tubuh. So kat sinilah, antioksida bertindak sebagai penyelamat kita.

So, penting ke tak penting antioksida ni utk kita?

Penting sangat-sangat.

Berikut senarai fungsi-fugnsi antioksida yg dapat membantu kesihatan kulit kita.

  1. Antioksida sebagai agen anti-keradangan

Ini antara fungsi utama yg kita nak dapatkan dari antioksida sebab, semakin kurang keradangan, menjadikan penghasilan jerawat dan kulit kedut lebih terkawal.  Kulit yg banyak terdedah dgn sinaran matahari, pencemaran udara dan radiasi mudah utk dapat keradangan kulit. Ini akan menyebabkan kulit berjerawat, kering dan berkedut.

2. Membaikpulih parut-parut lama

Antioksida akan melancarkan lagi peraliran darah kepada tisu kulit yg berparut. Antioksida juga membantu proses pembentukan kulit baru dan seterusnya menjadikan parut semakin pudar dgn lebih cepat. Parut akhirnya lenyap dari pandangan mata orang.

3. Pelindung dari terik sinaran matahari

Sinaran matahari yg keterlaluan akan merosakkan sel kulit dan mengeringkan kulit. Bila kulit kering, lepas tu kulit mula jadi lebih kasar dan akhirnya berkedut. Sebelum semua ni berlaku, kita perlukan perisai utk lindung kulit kesayangan kita.

4. Pembantu dalam mengawal proses penuaan

Memandangkan musuh utama radikal bebas adalah kolagen dan elastin, dia telah mempercepatkan lagi proses penuaan seperti garis-garis halus dan rekahan kulit. Antioksida akan membantu utk kurangkan kesan negatif dari radikal bebas seterusnya mengawal proses penuaan.

5. Meneutral kesan radikal bebas

Radikal bebas akan mengganggu penghasilan kolagen yg bertindak utk mengawal proses penuaan dan membaikpulih kulit. Antioksida akan meneutralkan kesan radikal bebas dan membantu utk kolagen terhasil dgn lebih lancar.

 

Sebab tu Ephyra mengandungi 9 bahan yg kaya dgn antioksida yg bukan sekadar membaikpulih dan mengekalkan kecantikan kulit, tetapi juga untuk membantu dalam menjaga sistem dalaman supaya kekal sihat, cantik dan bertenaga. So antioksida tidak hanya berfungsi secara luaran yg byk terdapat dalam krim muka tetapi sebagai pelindung secara keseluruhan, dalaman dan luaran. Dalam Ephyra ada bahan-bahan seperti KOLAGEN IKAN LAUT DALAM, ACEROLLA CERI, BUAH BERRY DAN SERBUK TOMATO yg kaya dengan ANTIOKSIDA.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.