Cuci Muka Guna Air Suam atau Air Sejuk? Mana Satu Lebih Bagus?

cuci muka guna air suam air sejuk

Cuci muka guna air suam atau air sejuk? Ini soalan yang ramai tanya dan nak tahu. Mana satu yang bagus?

First of all, kita kena tahu wajah ni merupakan bentuk penampilan seseorang yang dilihat untuk kali pertama depan orang lain. So, sangat-sangatlah penting untuk menjaga kebersihan wajah tu!! Rajinkan diri untuk mencuci muka before tidur ye.

Sesi basuh muka tu pula sama ada penggunaan air sejuk atau air suam, kedua-duanya ada kebaikan tersendiri.  Jom baca kat bawah.

 

1. AIR SUAM

Bila basuh muka menggunakan air suam, ia akan mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit & buat pori-pori wajah kita terbuka. So, senang nak buang segala kekotoran yang terperangkap dalam liang roma tu. Tapi make sure air suam tau, jangan panas pula. Tak pepasal jadi lain kat muka tu.

 

2. AIR SEJUK

Antara yang paling menarik tentang mencuci muka menggunakan air sejuk ialah, ia dapat membantu kita mendapatkan kulit wajah yang flawless dan berseri kerana fungsi ais melancarkan perjalanan darah pada kulit bahagian ini. Secara tak langsung, ia akan membantu menutup balik liang roma & buat kita nampak bersih dan segar. Selain dari tu, air sejuk juga  dapat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat kat muka.

Bila dah basuh muka, lapkan muka dengan kain yang bersih dan kering. Tekap lembut je pada muka.

Sebenarnya, air suam dan air sejuk masing-masing saling melengkapi dan bagus untuk memastikan kulit muka kekal bersih & sihat. Jadi sekarang dah tak pening lagi kan? Gunakan sebaik mungkin dan cucilah muka dengan cara yang betul.

Bagi anda yang banyak terdedah dengan pencemaran, bekerja dalam aircond atau kulit sudah bermasalah, selain cuci muka guna air suam atau air sejuk, gunakan Ephyra Skincare Series untuk jaga kulit muka agar jadi lebih bersih, sihat dan cantik.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.