5 Cara Mudah Legakan Stress dengan Segera

limau sedap ephyra stress

Stress adalah normal. Sesiapa pun akan hadapi tekanan (stress) dalam hidup, urusan harian, perhubungan dan kerjaya. Yang membezakan setiap orang adalah bagaimana stress diurus.

Stress yang tidak terkawal boleh menyebabkan banyak kesan buruk berlaku, tidak kira sama ada pada lelaki mahupun wanita.

Di sini kami nak share 5 cara mudah untuk mengawal dan mengurus stress dengan segera:

Cara 1. Berfikir positif dan bersangka baik bahawa stress itu adalah bagus untuk kita menjadi seorang manusia yang lebih tabah, matang dan kuat. Senyum, tarik nafas dan selesaikan apa saja yang sedang dihadapi. Cuba senyum sekarang. Anda dapat rasa perubahan segera. Hebatkan ‘kuasa senyuman’? ๐Ÿ™‚

Cara 2. Kawal Pernafasan. Ini adalah salah satu tip mudah. Bernafaslah mengikut kiraan (tarik, tahan dan lepas). Lakukan sehingga diri rasa mula tenang. Mengapa kawal pernafasan? Kerana ia dapat mengembalikan kadar degupan jantung kepada biasa berbanding degupan semasa stress, marah dan sebagainya.

Cara 3. Bersenam. Untuk melakukan senaman, ia tidak semestinya kita perlu keluar ke mana-mana. Di rumah atau di halaman rumah pun sudah memadai asalkan sesuai. Manakala senaman pula yang mudah-mudah sahaja. Lupakan seketika tekanan yang dihadapi. Dahulukan diri anda…

Cara 4. Makan buah-buahan yang segar. Ia sedikit sebanyak akan menyegarkan tubuh. Banyak jenis buah yang boleh anda pilih. Ikut apa yang rasa anda mahukan. Jika anda penggemar coklat, ada kajian mengatakan coklat jenisย dark chocolate boleh membantu mengurangkan stress.

Cara 5. Lakukan hobi yang paling anda suka sama ada berseorangan ataupun bersama seseorang yang paling rapat / anda percayai. Berikan masa yang cukup untuk anda dapatkan kembali kekuatan, tetapi jangan terlalu lama kerana walau apa pun keadaan, anda perlu teruskan kehidupan.

Cara 6. [Eh, lebih satu tip… hehe..] Ini paling mudah, tapi kena keluarkan duit sikit. Biasanya teknik ini bolehlah berikan kesan segera untuk tenangkan diri, iaitu aroma terapi dengan menghidu wangian, atau memasang alat wangian di rumah. Tak mahu keluarkan duit? Boleh.. Pergi saja ke mana-mana kedai minyak wangi dan cium sajalah yang free sample. ๐Ÿ˜€ Atau boleh saja gunakan apa-apa saja yang ada bau yang wangi seperti perfume dan bedak.

Kita tidak dapat lari daripada tekanan hidup, sebaliknya kita perlu hadapi ia dengan berani dan sabar. Cara-cara di atas hanyalah untuk kesan segera sahaja. Untuk menjalani hidup ini, ilmu, spiritual kita dan minda yang positif lebih banyak membantu.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.