5 + 1 CARA UTK KURANGKAN RAMBUT GUGUR SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Masa pregnant Sis semua perasan tak rambut jadi makin lebat, kemain cantik berseri takde gugur bergumpal-gumpal. Lepas melahirkan anak je, poof! Hilang dah mahkota wanita yg indah masa mengandung aritu. Mana pergi?? Rambut gugur, menipis, susah nak urus. Frust menonggeng tengok rambut dah tak mcm dulu, makin teruk dari sebelum pregnant. Risau je kalau terus macam ni nanti jadi botak.

Apa sebab sebenarnya jadi semua ni? Kenapa masa pregnant rambut lawa, bila beranak je terus hilang mcm tu je? Normal ke tak normal? Adakah bila menyusukan anak jadi penyebab rambut gugur teruk? Haaa… macam-macam soalan kan.. Lepas tu stress. Eh jangan stress dulu. Baca dulu utk faham apa yg sebenarnya berlaku semasa mengandung dan selepas melahirkan supaya faham apa strategi utk kita lawan masalah ni.

 

Normal ke tak rambut gugur ni?

Kajian mengatakan 50%-60% wanita melalui fasa ni selepas melahirkan. Di mana rambut wanita yg melahirkan akan gugur teruk boleh capai sehingga 400 helai sehari berbanding secara normalnya, 60-100 helai sehari. Sebab tu korang lepas beranak je bergumpal-gumpal rambut gugur. So benda ni memang normal.

 

Apa puncanya?

Jadi sebenarnya kenapa benda ni jadi? Okay masa mengandung, hormon estrogen dan progesterone meningkat dgn mendadak menjadikan peraliran darah lebih banyak. Bila ‘blood flow’ bagus, kulit akan lebih lembut dan glow. Tu yg orang tua-tua cakap seri org mengandung kan? Okay utk rambut pula, kulit kepala pun membuatkan penumbuhan rambut lebih cepat berbanding sebelum mengandung, tambah pula estrogen membuak-buak menjadikan rambut yg sepatutnya gugur, bertindak utk ‘freeze’ atau ‘rest’. So rambut cpt tumbuh dan rambut tak gugur, tu yg menampakkan rambut kita tebal tu.

Selepas kita melahirkan pula, estrogen dan progesterone akan ‘drop’ secara mendadak, kadang-kadang di bawah paras normal, membuatkan rambut-rambut yg dalam mode ‘rest’ tu start gugur sekali gus. Sebab tu lah ramai wanita mengalami masalah rambut gugur yg teruk selepas melahirkan.

Ada tak cara nak kawal masalah keguguran rambut selepas melahirkan anak ni?

Adaaaaa. Okay cuba follow tips-tips kat bawah ni.

  1. Penjagaan kulit kepala

Ramai yg abaikan penjagaan kulit kepala sedangkan ni tempat tinggal rambut. Sihat kulit kepala, maka sihatlah rambut. Macam mana kita jaga kulit muka, macam tu juga kulit kepala. Tak boleh terlalu kering atau terlalu berminyak sampai menngganggu penyerapan khasiat dari shampu dan perapi rambut.

2. Ubah gaya rambut

Bermakna sis semua kena cuba potong rambut walaupun sayang kan rambut panjang yg dah lama simpan tu. Sebab pertama, senang nak jaga dan akan kurangkan keguguran rambut berbanding rambut panjang. Sebab kedua, kalau rambut panjang asyik nak ikat je rambut, nanti akan bagi ‘pressure’ kat rambut, buatkan rambut mudah putus dan gugur.

3. Penjagaan makanan

Penting untuk amalkan diet yg seimbang dan lebihkan kepada makanan yg kaya dgn zat besi, antioksida dan protein seperti buah beri, bayam, kacang soya serta daging tanpa lemak. Lagipun masa ni dalam tempoh berpantang kan? Memang kita akan makan berpantang so cuba lebihkan makanan yg dapat membantu pertumbuhan rambut.

4. Kurangkan stress

Stress mempunyai kaitan dgn pertumbuhan dan keguguran rambut, sebab bila stress, hormon akan jadi lebih tak stabil. Sebab keguguran rambut selepas beranak memang disebabkan oleh perubahan hormon, jadi, elakkan perkara-perkara yg boleh menjadi punca hormon tak stabil.

5. Manjakan rambut dgn rawatan semulajadi

Korang boleh cuba utk urut kulit kepala dgn minyak essential semulajadi seperti, jojoba oil, castor oil, rosemary oil, lavender oil dan banyak lagi yg dapat membantu meningkatkan peraliran darah dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Minyak essential boleh jugak di ratakan ke rambut selepas shampu utk dijadikan sebagai pelembap.

6. Merawat rambut dari dalam

Okay ni bonus tips utk korang. Nak dapatkan zat-zat dari makanan utk rambut jadi lebih sihat mungkin mengambil masa. So, sis-sis boleh juga cuba utk mengambil makanan tambahan yg dapat merawat rambut dari dalam. Macam kat atas tadi, zat-zat yg paling penting adalah protein sebab rambut menjadi lebih kuat dgn adanya protein. Dan kat sini EPHYRA boleh main peranan dalam MEMBANTU dalam MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT.

 

Ada Apa Dengan Ephyra?

EPHYRA mengandungi bahan-bahan semulajadi dan sangat kaya dengan PROTEIN yg diperoleh dari SALMON OVARI PEPTIDE. Protein amat penting utk menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat sebab pembentukkan rambut baru adalah dari protein.

Selain daripada itu, Ephyra juga ada ASTAXANTHIN yg dapat MENSTABILKAN HORMON yg telah menjadi masalah utama utk keguguran rambut selepas melahirkan anak. Macam yg diterangkan kat atas tadi, menjadikan pertumbuhan rambut dan keguguran rambut kurang, hormon estrogen perlu di stabilkan.

ANTIOKSIDA yg ada dalam Ephyra juga dapat MEMBANTU MENGUATKAN AKAR rambut sekali gus mengurangkan keguguran yg ekstrem. Antioksida diperlukan utk melawan radikal bebas yg akan mengganggu sel-sel kulit termasuk kulit kepala. Kulit kepala yg sihat akan menjadikan pertumbuhan rambut lebih lancar. BUAH BERI antara antioksida yg dapat MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RAMBUT.

Okay jom tengok apa kata #ephyralovers

 

Rambut sihat dan cantik akan menambahkan lagi keyakinan diri bukan sahaja terhad utk yg tak berhijab. Yang berhijab juga tak terkecuali sebab, kalau kulit kepala tak sihat, rambut gugur, menjadikan yg berhijab terasa rimas. Menghilangkan fokus dan hilang keyakinan utk melakukan aktiviti harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.